Rabu, 30 September 2009

Lagi Pemuda Umno Ditangkap Kes Dadah...!

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.


"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah. Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.


Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.


Hancor ler Umno...

Rabu, 9 September 2009

Orang Kepala Lembu ke Mahkamah Hari Ini


Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah hari ini. Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah semalam kerana mereka tidak dapat dikesan. Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, empat daripada 12 orang ini dilaporkan telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.

Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar The Star lagi lewat petang ini. @Malaysiakini

Jumaat, 4 September 2009

Terengganu : Umno Retak Menunggu Berkecai..



Timbalan Perdana Menteri menawarkan diri membantu Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menyelesaikan kemelut membabitkan sekumpulan wakil rakyat BN yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kemelut dalaman Umno Terengganu mencapai tahap yang perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah dan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Renungan:-
Sesebuah organisasi yg memerintah sesuatu institusi/negeri/negara yang tidak menggunakan kaedah Islam, sistem pemerintahan Islam, Undang-undang Islam, ahli-ahli didalam sesebuah organisasi itu akan sentiasa bercakaran sesama sendiri selama-lamanya kerana tiada keberkatan dari Allah sehingga organisasi tersebut hancur berkecai seperti dibom C4.

Khamis, 3 September 2009

Pelajar wanita lagi dominasi IPTA


Fenomena kebanjiran pelajar wanita di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berterusan apabila 65.3 peratus daripada pengambilan baru program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi bagi tahun ini terdiri daripada golongan tersebut.

Daripada jumlah 40,184 pelajar bagi kemasukan baru itu, hanya 13,951 adalah lelaki manakala 26,233 orang lagi wanita. Statistik ini tidak termasuk UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), tetapi saya percaya di dua universiti itu juga pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki.

Fenomena itu bakal memberikan suasana kritikal dalam pasaran kerja pada masa hadapan di mana lambakan graduan wanita jauh melebihi lelaki.

Sendikit Manipulasi Data Pengundi?


Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi percaya wujudnya sindiket terancang bagi memanipulasi data pengundi dalam pilihan raya di seluruh negara.

Dr Syed Azman berkata, pihaknya sebelum ini pernah membuat perhimpunan Bersih dalam usaha untuk memastikan ‘pengundi-pengundi hantu’ dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, pihak pembangkang, khususnya Pas sudah lama menyedari perkara tersebut yang sering kali menjadi isu setiap kali pilihan raya berlangsung.

Bagaimanapun katanya, sindiket terbabit sebagaimana dikatakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar bukanlah penyebab kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, baru-baru ini.

Abdul Rahman Bakar sebelum ini berkata wujudnya ‘orang luar’ yang menjadi pengundi sehingga sebuah rumah mempunyai antara 10 hingga 15 orang pengundi dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir, 25 Ogos lalu.

Abdul Rahman berkata, sindiket terancang itu dipercayai cuba memalsukan alamat orang tertentu dan berdaftar dengan SPR sebagai pengundi di Permatang Pasir dengan menggunakan alamat penduduk tempatan selain mewujudkan pengundi ramai dalam sebuah rumah. @Sinar