Khamis, 3 Disember 2009

Bantuan SAR Peng.Gate ditarik oleh Kerajaan Negeri BN

Kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat mulai mencengkam dan tradisi membalas dendam ala BN dilakukan semula. Kali ini musibah ini menimpa kepada rakyat kampung Pengkalan Gate.

Surau Pengkalan Gate Tambahan yang dibina bersama Sekolah Agama rakyat Nurul Hidayah pernah memohon bantuan RM 50 000 daripada kerajaan negeri Perak untuk tujuan ubahsuai dan pembesaran surau.

Malang sekali apabila kerajaan HARAM (BN) telah membatalkan bantuan tersebut hanya disebabkan YAB IR Nizar pernah berceramah di sana.

BN lupa bahawa jasa mereka yang terlalu kurang terhadap penduduk Pengkalan Gate. Lampu jalan pun tidak mampu disediakan oleh emreka selama 30 tahun.

Tindakan BN ini lebih kepada bermotifkan balas dendam terhadap rakyat sendir yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung (melalui pembelian barang-barang harian).

Surau ini bukan sahaja meriah dengan jemaah solat yang ramai, malah kuliah maghribnya berjaya menambat hampir 80% penduduk kampung berkenaan.

Sumber : Muhammad Nuruddin Bashah
Redaksi Warta Sungai Rapat

Sabtu, 21 November 2009

Muhyiddin dan 9 lagi disaman Kes Jambatan Runtuh

10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.

Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, Guru Besar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan Kerajaan Malaysia.

Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh. Berita selanjutnya disini

Jumaat, 20 November 2009

Zambrey Biarkan "Yob" Tersingkir..

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin memperbetulkan fakta sebenar penjelasan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berhubung bantuan tahunan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) yang bertentangan dengan tindakan sebenar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan telah pun menyalurkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu (RM200,000) setiap tahun tidak termasuk pertandingan akhir Piala Malaysia baru-baru ini merupakan perkara sebenarnya setelah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada DPPN Pk.

DPPN Pk kesal dengan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak oleh Datuk Seri Zambry semalam yang bukan bersifat ingin membantu tetapi atas kepentingan politiknya semata-mata. DPPN Pk yang telah melancarkan kempen Seringgit (RM1) untuk menyelamatkan Pasukan Bolasepak Perak yang mungkin akan tersingkir daripada Liga Super musim baru ini sedih dengan sikap Datuk Seri Zambry tersebut.

DPPN Pk meminta penyokong, peminat dan juga rakyat Negeri Perak jangan melihat serangan Datuk Seri Zambry terhadap Datuk Seri Nizar sebagai halangan untuk memastikan Pasukan Bolasepak Seladang Perak kita akan terus bermain di dalam kancah musim baru Liga Super 2010 ini nanti. Jesteru, DPPN Pk meminta agar semua sumbangan dapat disalurkan kepada tabung ini atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” : 08013010074274 (Bank Islam Malaysia Berhad).

DPPN Pk ingin menasihatkan Datuk Seri Zambry supaya bersikap rasional dan jangan cuba mempolitikkan sukan bolasepak ini kerana ramai penyokong, peminat dan seluruh rakyat Perak akan kecewa kerana sebagai seorang pemimpin harus mengenepikan sentimen politik daripada sukan demi untuk memajukan bolasepak Negeri Perak khasnya.@Salman Hj.Salleh

Isnin, 26 Oktober 2009

SUK & Polis Jangan Masuk Campur...!

PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini.


Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini.


Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang.


"PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini.


"PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dipetik.


Selain itu mereka juga mendesak, keselamatan ADUN Pakatan dijaga ekoran dakwaan akan munculnya 'samseng-samseng' upahan yang tidak di kenali pada persidangan itu nanti.


Mereka tidak mahu insiden mengangkat V Sivakumar dari kerusi Speaker oleh mereka yang tidak dikenali berulang sekali lagi.


Desakan turut dibuat kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN.


SUK dakwa mereka hanya kakitangan kerajaan dan berada dibawah kuasa eksekutif dan tiada hak sama sekali mencampuri kuasa legislatif yang ada pada sidang DUN.


"Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN.


"Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan, katanya lagi.

Rabu, 21 Oktober 2009

Sidang DUN : DPP Pk Mohon Mengadap Sultan Perak

Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari ini merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya berkenan menerima mereka mengadap untuk membincangkan isu persidangan DUN negeri itu minggu depan.

Permohonan Pemuda PAS itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi yang difaks kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin @ Mohd Rofaa Hasan pagi tadi.

Dalam surat tersebut, setiausaha DPP Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika diperkenankan, delegasi mereka akan dipimpin oleh ketuanya, Zawawi Hassan dan lapan anggota jawatankuasa kerja dewan itu.

Sementara itu, penolong setiausaha DPP Perak, Safarizal Saleh berkata, pertemuan itu boleh membuahkan pandangan bernas bagi memastikan perjalanan DUN Perak pada 28 Oktober ini berjalan lancar.

"(Speaker BN) Datuk R Ganesan kata (mereka) dapat perkenan Tuanku untuk memanggil sidang DUN. (Speaker Pakatan) V Sivakuamar pun memanggil DUN bersidang. Sebagai raja pemerintah, sudah tentu Tuanku mempunyai pandangannya," kata Safarizal.

"Kita tidak mahu peristiwa speaker diangkat dari kerusi, dikurung dalam bilik berulang lagi. Seluruh dunia sedang menantikan persidangan pada 28 Oktober ini," tambahnya.

Ditanya mengenai butiran perkara yang akan dibangkitkan kepada Sultan Perak, beliau berkata, ia tidak boleh didedahkan kepada media sekarang.

"Lagi pun, kita tidak tahu lagi apa Tuanku akan tanya," kata Safarizal yang juga setiausaha kerja Pemuda PAS pusat.

Menurutnya lagi, dewan itu sebelum ini pernah dua kali menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah termasuk sewaktu majlis berbuka puasa bulan lalu.

Safarizal berkata, pihaknya mengambil kesempatan dalam pertemuan tersebut untuk membincangkan perkembangan semasa politik di negeri Perak.

Jika bermaruah, al-Kataki silalah letak jawatan

Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan menghalang Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai semula Umno kerana menyedari pemimpin berkenaan tidak berprinsip. Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata sekiranya anggota Parlimen itu berprinsip, beliau akan melepaskan jawatan terlebih dahulu sebelum menyertai Umno.

"Anggota Parlimen itu kini sudah tidak bernilai lagi kepada kita berikutan tindakan yang tidak berprinsip serta tidak bertanggungjawab kepada kita selepas pihak parti memberi kepercayaan kepadanya,"ujarnya lagi.

Latif berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Ibrahim untuk menyertai semula parti Umno selepas memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.


Beliau berkata lagi, pihaknya juga tidak terkejut dengan tindakan itu memandangkan tindakannya khususnya dalam persidangan di Parlimen sering mencetuskan kntroversi khususnya pertelingkahan dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Dewan Pemuda, katanya turut menyokong keputusan Tuan Guru yang meminta anggota Parlimen itu melepaskan jawatannya sekiranya beliau adalah seorang pemimpin yang bermaruah.


Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pemimpin Umno supaya berfikir semasa-masaknya untuk mengambil semula Ibrahim menyertai parti itu memandangkan rekod anggota Parlimen Pasir Mas itu yang sering membuat onar. @harakahdaily

Jumaat, 9 Oktober 2009

Polis Buat De' je Ketika Samseng Umno Mengganas

Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.


Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.


Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.


Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.


Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.


"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.


"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.


Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.


Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.


Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.


"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.


"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.


Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.


Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.


Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.


Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.


"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.


Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.


Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.