Khamis, 3 September 2009

Sendikit Manipulasi Data Pengundi?


Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi percaya wujudnya sindiket terancang bagi memanipulasi data pengundi dalam pilihan raya di seluruh negara.

Dr Syed Azman berkata, pihaknya sebelum ini pernah membuat perhimpunan Bersih dalam usaha untuk memastikan ‘pengundi-pengundi hantu’ dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, pihak pembangkang, khususnya Pas sudah lama menyedari perkara tersebut yang sering kali menjadi isu setiap kali pilihan raya berlangsung.

Bagaimanapun katanya, sindiket terbabit sebagaimana dikatakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar bukanlah penyebab kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, baru-baru ini.

Abdul Rahman Bakar sebelum ini berkata wujudnya ‘orang luar’ yang menjadi pengundi sehingga sebuah rumah mempunyai antara 10 hingga 15 orang pengundi dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir, 25 Ogos lalu.

Abdul Rahman berkata, sindiket terancang itu dipercayai cuba memalsukan alamat orang tertentu dan berdaftar dengan SPR sebagai pengundi di Permatang Pasir dengan menggunakan alamat penduduk tempatan selain mewujudkan pengundi ramai dalam sebuah rumah. @Sinar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan