Khamis, 3 Disember 2009

Bantuan SAR Peng.Gate ditarik oleh Kerajaan Negeri BN

Kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat mulai mencengkam dan tradisi membalas dendam ala BN dilakukan semula. Kali ini musibah ini menimpa kepada rakyat kampung Pengkalan Gate.

Surau Pengkalan Gate Tambahan yang dibina bersama Sekolah Agama rakyat Nurul Hidayah pernah memohon bantuan RM 50 000 daripada kerajaan negeri Perak untuk tujuan ubahsuai dan pembesaran surau.

Malang sekali apabila kerajaan HARAM (BN) telah membatalkan bantuan tersebut hanya disebabkan YAB IR Nizar pernah berceramah di sana.

BN lupa bahawa jasa mereka yang terlalu kurang terhadap penduduk Pengkalan Gate. Lampu jalan pun tidak mampu disediakan oleh emreka selama 30 tahun.

Tindakan BN ini lebih kepada bermotifkan balas dendam terhadap rakyat sendir yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung (melalui pembelian barang-barang harian).

Surau ini bukan sahaja meriah dengan jemaah solat yang ramai, malah kuliah maghribnya berjaya menambat hampir 80% penduduk kampung berkenaan.

Sumber : Muhammad Nuruddin Bashah
Redaksi Warta Sungai Rapat

Sabtu, 21 November 2009

Muhyiddin dan 9 lagi disaman Kes Jambatan Runtuh

10 pihak termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang disaman RM105 sebagai gantirugi berikutan kematian tiga kanak-kanak selepas mereka jatuh dan hanyut berikutan jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang.

Selain kedua-duanya, turut disaman adalah guru besar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Diawan, Guru Besar SJKT Gopeng, Ketua Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak dan Komanden Kem 1Malaysia Kuala Dipang, penderma jambatan gantung itu iaitu syarikat GS Synergy Sdn Bhd, syarikat kontraktor CWL Enterprise dan Kerajaan Malaysia.

Tiga bapa kepada tiga peserta Kem 1Malaysia yang terkorban dalam tragedi jambatan gantung runtuh di pusat kokurikulum pejabat pelajaran daerah Kinta Selatan di Kampar pada 26 Oktober lalu, memfailkan saman menuntut gantirugi itu di Mahkamah Tinggi Ipoh. Berita selanjutnya disini

Jumaat, 20 November 2009

Zambrey Biarkan "Yob" Tersingkir..

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin memperbetulkan fakta sebenar penjelasan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berhubung bantuan tahunan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Kelantan (KAFA) yang bertentangan dengan tindakan sebenar.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan telah pun menyalurkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu (RM200,000) setiap tahun tidak termasuk pertandingan akhir Piala Malaysia baru-baru ini merupakan perkara sebenarnya setelah dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada DPPN Pk.

DPPN Pk kesal dengan serangan peribadi terhadap Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Perak oleh Datuk Seri Zambry semalam yang bukan bersifat ingin membantu tetapi atas kepentingan politiknya semata-mata. DPPN Pk yang telah melancarkan kempen Seringgit (RM1) untuk menyelamatkan Pasukan Bolasepak Perak yang mungkin akan tersingkir daripada Liga Super musim baru ini sedih dengan sikap Datuk Seri Zambry tersebut.

DPPN Pk meminta penyokong, peminat dan juga rakyat Negeri Perak jangan melihat serangan Datuk Seri Zambry terhadap Datuk Seri Nizar sebagai halangan untuk memastikan Pasukan Bolasepak Seladang Perak kita akan terus bermain di dalam kancah musim baru Liga Super 2010 ini nanti. Jesteru, DPPN Pk meminta agar semua sumbangan dapat disalurkan kepada tabung ini atas nama “Pemuda PAS Perak – RM1 Selamatkan Bolasepak Perak” : 08013010074274 (Bank Islam Malaysia Berhad).

DPPN Pk ingin menasihatkan Datuk Seri Zambry supaya bersikap rasional dan jangan cuba mempolitikkan sukan bolasepak ini kerana ramai penyokong, peminat dan seluruh rakyat Perak akan kecewa kerana sebagai seorang pemimpin harus mengenepikan sentimen politik daripada sukan demi untuk memajukan bolasepak Negeri Perak khasnya.@Salman Hj.Salleh

Isnin, 26 Oktober 2009

SUK & Polis Jangan Masuk Campur...!

PAS Perak semalam membuat beberapa desakan menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri Perak 28 Oktober ini.


Dalam satu sidang media di pejabat PAS di Ipoh semalam, mereka antara lain mendesak sidang DUN Rabu ini tidak dicemari campurtangan pihak polis seperti yang berlaku pada persidangan DUN 3 Mac dan 7 Mei sebelum ini.


Mereka mendakwa berlaku kekasaran dari pihak polis dan telah mengganggu Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan menunaikan tanggungjawab untuk bersidang.


"PAS Perak ingin menegaskan supaya pihak polis tidak campur tangan di dalam segala urusan sidang DUN yang akan dilakukan pada 28 Oktober ini.


"PAS Perak menegaskan agar insiden campurtangan pihak polis yang berlaku pada sidang DUN 3 Mac 2009, 7 Mei 2009 dan 2 September 2009 tidak berulang," kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dipetik.


Selain itu mereka juga mendesak, keselamatan ADUN Pakatan dijaga ekoran dakwaan akan munculnya 'samseng-samseng' upahan yang tidak di kenali pada persidangan itu nanti.


Mereka tidak mahu insiden mengangkat V Sivakumar dari kerusi Speaker oleh mereka yang tidak dikenali berulang sekali lagi.


Desakan turut dibuat kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) supaya tidak campur tangan di dalam urusan sidang DUN.


SUK dakwa mereka hanya kakitangan kerajaan dan berada dibawah kuasa eksekutif dan tiada hak sama sekali mencampuri kuasa legislatif yang ada pada sidang DUN.


"Selaku kakitangan kerajaan dan berada di bawah kuasa eksekutif, SUK Negeri tiada hak untuk campur tangan di dalam hal kuasa legislatif iaitu kuasa yang ada pada sidang DUN.


"Pimpinan PAS Perak amat kesal di atas tindakan SUK Negeri yang melanggar arahan Speaker YB V Sivakumar di dalam persidangan yang lepas sehingga mengakibatkan huru-hara di dalam persidangan dewan, katanya lagi.

Rabu, 21 Oktober 2009

Sidang DUN : DPP Pk Mohon Mengadap Sultan Perak

Dewan Pemuda PAS (DPP) Perak hari ini merayu kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya berkenan menerima mereka mengadap untuk membincangkan isu persidangan DUN negeri itu minggu depan.

Permohonan Pemuda PAS itu dimaklumkan melalui sepucuk surat rasmi yang difaks kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja Pejabat Sultan Perak, Datuk Samsul Baharin @ Mohd Rofaa Hasan pagi tadi.

Dalam surat tersebut, setiausaha DPP Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, jika diperkenankan, delegasi mereka akan dipimpin oleh ketuanya, Zawawi Hassan dan lapan anggota jawatankuasa kerja dewan itu.

Sementara itu, penolong setiausaha DPP Perak, Safarizal Saleh berkata, pertemuan itu boleh membuahkan pandangan bernas bagi memastikan perjalanan DUN Perak pada 28 Oktober ini berjalan lancar.

"(Speaker BN) Datuk R Ganesan kata (mereka) dapat perkenan Tuanku untuk memanggil sidang DUN. (Speaker Pakatan) V Sivakuamar pun memanggil DUN bersidang. Sebagai raja pemerintah, sudah tentu Tuanku mempunyai pandangannya," kata Safarizal.

"Kita tidak mahu peristiwa speaker diangkat dari kerusi, dikurung dalam bilik berulang lagi. Seluruh dunia sedang menantikan persidangan pada 28 Oktober ini," tambahnya.

Ditanya mengenai butiran perkara yang akan dibangkitkan kepada Sultan Perak, beliau berkata, ia tidak boleh didedahkan kepada media sekarang.

"Lagi pun, kita tidak tahu lagi apa Tuanku akan tanya," kata Safarizal yang juga setiausaha kerja Pemuda PAS pusat.

Menurutnya lagi, dewan itu sebelum ini pernah dua kali menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah termasuk sewaktu majlis berbuka puasa bulan lalu.

Safarizal berkata, pihaknya mengambil kesempatan dalam pertemuan tersebut untuk membincangkan perkembangan semasa politik di negeri Perak.

Jika bermaruah, al-Kataki silalah letak jawatan

Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan menghalang Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai semula Umno kerana menyedari pemimpin berkenaan tidak berprinsip. Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata sekiranya anggota Parlimen itu berprinsip, beliau akan melepaskan jawatan terlebih dahulu sebelum menyertai Umno.

"Anggota Parlimen itu kini sudah tidak bernilai lagi kepada kita berikutan tindakan yang tidak berprinsip serta tidak bertanggungjawab kepada kita selepas pihak parti memberi kepercayaan kepadanya,"ujarnya lagi.

Latif berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Ibrahim untuk menyertai semula parti Umno selepas memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.


Beliau berkata lagi, pihaknya juga tidak terkejut dengan tindakan itu memandangkan tindakannya khususnya dalam persidangan di Parlimen sering mencetuskan kntroversi khususnya pertelingkahan dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Dewan Pemuda, katanya turut menyokong keputusan Tuan Guru yang meminta anggota Parlimen itu melepaskan jawatannya sekiranya beliau adalah seorang pemimpin yang bermaruah.


Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pemimpin Umno supaya berfikir semasa-masaknya untuk mengambil semula Ibrahim menyertai parti itu memandangkan rekod anggota Parlimen Pasir Mas itu yang sering membuat onar. @harakahdaily

Jumaat, 9 Oktober 2009

Polis Buat De' je Ketika Samseng Umno Mengganas

Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.


Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng tidak berhati perut ini.


Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan 'biji mata' dan 'batang hidung' Balai Polis Telok Kemang namun tidak diendahkan pasukan polis.


Demikian rentetan peristiwa yang menyaksikan seolah-olah wujud kerjasama dan modus operandi ini dibantu oleh pihak polis, kata Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.


Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'.


"Saya hairan bagaimana ada kejadian yang berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang tidak diendahkan pihak berkuasa polis.


"Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.


Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.


Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupkan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul.


Beliau mendakwa, ada kemungkinan tindakan ini 'sengaja' dirancang hanya untuk memberi tekanan kepada petugas Pakatan Rakyat.


"Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.


"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.


Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.


Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.


Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.


Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno.


"Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding. Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.


Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.


Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.

Khamis, 8 Oktober 2009

Markas Pemuda PAS diceroboh, petugas ditetak

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS (DPP) dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, sekumpulan 20 lelaki bermotosikal dipercayai penyokong BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.

Selain ditumbuk, pemuda PAS terbabit juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.


Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.


"Mereka tuduh kita jatuhkan berndera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.


Kejadian sama juga berlaku di beberapa lagi markas pemuda yang lain, namun semua bukti dan maklumat lengkap sedang dikumpulkan.@harakahdaily

Jumaat, 2 Oktober 2009

Undi Pos Tak Telus...

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos. Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain.


"Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya.


Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas.


Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos di mana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan.


"Kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya.


"Kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan ke dalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar.


"Apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, di situ ada unsur ugutan berlaku,"jelasnya kepada media yang dipetik oleh Buletin Online selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin.@harakahdaily

Rabu, 30 September 2009

Lagi Pemuda Umno Ditangkap Kes Dadah...!

Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.


"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah. Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.


Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.


Hancor ler Umno...

Rabu, 9 September 2009

Orang Kepala Lembu ke Mahkamah Hari Ini


Dua belas orang, yang menyertai protes mengarak kepala lembu di depan bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor di Shah Alam pada 28 Ogos lalu, dihadap ke mahkamah hari ini. Mereka akan didakwa menghasut serta menyertai perhimpunan haram, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, ketua unit pendakwaan Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah berkata, mereka tidak dihadapkan ke mahkamah semalam kerana mereka tidak dapat dikesan. Katanya, sebaik sahaja polis mengesan mereka, mereka akan dibawa ke mahkamah dan akan didakwa mengikut Akta Hasutan dan Akta Polis.

Dalam perkembangan berkaitan, empat daripada 12 orang ini dilaporkan telah ditahan untuk diseret ke mahkamah.

Lapan lagi akan ditahan hari ini juga untuk tujuan yang sama, lapor akhbar The Star lagi lewat petang ini. @Malaysiakini

Jumaat, 4 September 2009

Terengganu : Umno Retak Menunggu Berkecai..



Timbalan Perdana Menteri menawarkan diri membantu Datuk Seri Hishamuddin Hussein selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menyelesaikan kemelut membabitkan sekumpulan wakil rakyat BN yang tidak sehaluan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kemelut dalaman Umno Terengganu mencapai tahap yang perlu diselesaikan segera sebelum menjadi lebih parah dan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Renungan:-
Sesebuah organisasi yg memerintah sesuatu institusi/negeri/negara yang tidak menggunakan kaedah Islam, sistem pemerintahan Islam, Undang-undang Islam, ahli-ahli didalam sesebuah organisasi itu akan sentiasa bercakaran sesama sendiri selama-lamanya kerana tiada keberkatan dari Allah sehingga organisasi tersebut hancur berkecai seperti dibom C4.

Khamis, 3 September 2009

Pelajar wanita lagi dominasi IPTA


Fenomena kebanjiran pelajar wanita di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berterusan apabila 65.3 peratus daripada pengambilan baru program lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan matrikulasi bagi tahun ini terdiri daripada golongan tersebut.

Daripada jumlah 40,184 pelajar bagi kemasukan baru itu, hanya 13,951 adalah lelaki manakala 26,233 orang lagi wanita. Statistik ini tidak termasuk UiTM (Universiti Teknologi Mara) dan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), tetapi saya percaya di dua universiti itu juga pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki.

Fenomena itu bakal memberikan suasana kritikal dalam pasaran kerja pada masa hadapan di mana lambakan graduan wanita jauh melebihi lelaki.

Sendikit Manipulasi Data Pengundi?


Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi percaya wujudnya sindiket terancang bagi memanipulasi data pengundi dalam pilihan raya di seluruh negara.

Dr Syed Azman berkata, pihaknya sebelum ini pernah membuat perhimpunan Bersih dalam usaha untuk memastikan ‘pengundi-pengundi hantu’ dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, pihak pembangkang, khususnya Pas sudah lama menyedari perkara tersebut yang sering kali menjadi isu setiap kali pilihan raya berlangsung.

Bagaimanapun katanya, sindiket terbabit sebagaimana dikatakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Abdul Rahman Bakar bukanlah penyebab kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Permatang Pasir, baru-baru ini.

Abdul Rahman Bakar sebelum ini berkata wujudnya ‘orang luar’ yang menjadi pengundi sehingga sebuah rumah mempunyai antara 10 hingga 15 orang pengundi dalam pilihan raya kecil di Permatang Pasir, 25 Ogos lalu.

Abdul Rahman berkata, sindiket terancang itu dipercayai cuba memalsukan alamat orang tertentu dan berdaftar dengan SPR sebagai pengundi di Permatang Pasir dengan menggunakan alamat penduduk tempatan selain mewujudkan pengundi ramai dalam sebuah rumah. @Sinar

Khamis, 20 Ogos 2009

Fahamilah Kenyataan Tok Guru


Majlis Fatwa telah keluarkan "Fatwa"nya mengenai kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Memang sudah di duga"Kenyataan Nik Aziz Menyeleweng". Fatwa itu dikeluarkan tanpa memanggil dan bertanya sendiri TGNA tentang berkara tersebut.

TGNA telah dijatuhi hukuman tanpa bicara. Maka bersorak dan berkokoklah UMNO kerana tuduhan mereka telah disokong oleh majlis fatwa. Tetapi bagi sesiapa yang mengenal UMNO, dasar perjuangan, perlembagaannya, tindakan pemimpinnya pasti akan faham mesej yang disampaikan oleh TGNA.

Begitu juga bagi sesiapa yang memahami Islam dan akidah Islam itu sendiri juga akan memahaminya.

Sepatutnya bila seorang Ulama mengeluarkan pendapat tentang sesuatu perkara kita sebagan seorang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat menyuluh dan menilai diri, adakah akidah dan perjuangan serta apa yang kita perjuangkan itu bertepatan dengan Islam itu sendiri atau tidak.

Kita tidak seharusnya melenting dan menyerang TGNA dengan pelbagai tuduhan. Bagi mereka yang bijaksana, mereka hanya perlu meminta TGNA memberikan hujah hujah yang menyokong pendapatnya. Inilah yang diajar oleh Allah melalui rasulnya Nabi Muhammad yang dicintai.

Selepas itu jika di merasakan dan mendapati hujah hujah TGNA tidak betul dan tidak tepat maka perbetulkanlah dengan membawa hujah hujah yang betul. Bukannya menyerang membabi buta yang akhirnya merosakkan ummah dan orang awam yang tidak faham terutamanya berkaitan dalam kidah Islam.

Sebenarnya ada beberapa golongan manusia yang cepat melenting dan menyerang membabi buta.

1. Golongan munafik. - Dalam fikiran golongan ini hanya satu. Ia itu ingin merosakkan umah dan Islam itu sendiri.

2. Golongan yang cerdik pandai tapi suka mengampu. - Golongan ini sanggup membuat apa sahaja atas kepentingan peribadi dan kelazatan dunia.

3. Golongan jahil dan sombong. - Golongan ini akan mempertahan sesuatu tanpa ilmu. Dan akan menutup telinga bila datang kebenaran.

4. Golongan jahil yang ikhlas. - Golongan ini suatu hari akan mudah mendapat hidayah bila diberi hujah hujah yang betul. InsyaAllah.

Sebab itulah golongan 1, 2 dan 3 tidak suka berhujah. Mereka lebih suka menyerang dan menghentam serta menggunakan orang lain sama ada agensi untuk menundukkan pihak lawan.

Selasa, 18 Ogos 2009

3 Lagi kematian H1N1 hari ini


Kematian akibat jangkitan influenza A (H1N1) meningkatkan kepada 67 orang apabila tiga lagi korban penyakit tersebut dilaporkan hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan, sehingga jam 9 pagi ini, sejumlah 276 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad, dengan 36 pesakit yang disahkan H1N1, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

Sementara itu 156 orang dibenarkan pulang dari wad dengan 129 dibekalkan antiviral.

Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 daripadanya mempunyai faktor risiko DM (1), penyakit kronik (7), kegagalan buah pinggang (3), asma (2), obesiti (1), kecacatan otak (2), hamil dan bersalin (2) dan kanak- kanak di bawah setahun (3).

MP Padang Serai dituduh guna jenayah kekerasan terhadap polis

BUKIT MERTAJAM: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi dikenakan tuduhan jenayah kekerasan terhadap seorang anggota polis semasa berlangsungnya proses penamaan calon kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Pemimpin PKR pusat itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan dan minta dibicarakan.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan. Beliau yang dirawat di Hospital Bukit Mertajam, dibawa ke mahkamah majistret di sini dengan ambulans kira-kira 11.20 pagi tadi dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesnya akan disebut semula pada 28 September.

Sumber : @mStar


Che'Det : BN Pilih Calon Kantoi


Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin. "Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan. "Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.
Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976.

Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.
Rohaizat telah dinafikan haknya untuk menjadi peguam kerana ada kes penyelewangan RM 140,000 Hak Rohaizat untuk menjadi menjalan kerja guman telah dibatalkan semenjak 7 March 2008. Rohaizat telah merayu keatas keputusan Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi pada 12 Ogos lalu. Rayuan Rihaizat telah ditolak.

Menurut Presiden Majlis Peguam – tuduhan salah dari Koperasi Pekebun Getah ini ditujukan kepada Rohaizat dan bukan kepada rakan dari syarikat guaman mereka.
Menurut Ragunath duit 140,000 ringgit ini lesap. Tidak ada rekod wang ini dipulangkan kembali kepada tuan empunya. Kalau pun telah dibayar kembali kesalahan jenayah telah dilakukan terhadap anak guaman.