Jumaat, 2 Oktober 2009

Undi Pos Tak Telus...

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa PAS mempunyai bukti bahawa berlaku ketidaktelusan dalam undi pos. Katanya, undi pos masih lagi tidak telus kerana masih terdapat dakwaan pengundi-pengundi pos yang tidak mengundi tetapi kertas undi mereka telah diundi orang lain.


"Cuma kita masih lagi mepersoalkan undi pos, kerana undi pos tidak telus, masih lagi terdapat 'igauan-igauan' yang menyatakan bahawa di sana terdapat pengundi-pengundi yang tidak mengundi tapi kertas mereka diundi, ini (dakwaan yang) masyhur dalam undi pos, ini yang kita bimbang,"katanya.


Katanya, PAS mempunyai bukti dan ada individu yang sanggup memberikan keterangan terhadap perkara di atas.


Beliau juga berkata tidak ada kerahsiaan dalam undi pos di mana dengan kaedah yang ada sekarang, boleh diketahui siapa yang membuang undi berkenaan.


"Kita telah membuat bantahan kepada SPR, sehingga kini meraka tak mampu, contohnya kerahsiaan undi pos tidak ada sebenarnya.


"Kerana diberi dua kertas (dalam proses undi pos) satu kertas undi, satu kertas saksi, yang mengesahkan dia mengundi, kemudian kertas ini dimasukkan ke dalam dua sampul berlainan dan dimasukkan kedalam (sebuah) sampul besar.


"Apabila buka dua sampul ini, dia (pihak berkenaan) tahulah orang (pengundi pos) undi apa, di situ ada unsur ugutan berlaku,"jelasnya kepada media yang dipetik oleh Buletin Online selepas mengunjungi mangsa ribut di sekitar Kampung Pengkalan Berangan, di sini, kelmarin.@harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan